Tuesday 24 February 2015

Senandung dan Simfoni Malam

SAAT TEDUH
Salam jumpa lewat blog ini para sahabat terkasih. Terimalah kasih setia Tuhan pada malam ini lewat sahabat dan keluarga tercintamu. Semoga kasih-Nya yang sama itu memberi kita kesegaran jiwa dan badan untuk menyambut hari baru esok hari. Pengalaman entah menggembirakan dan kurang mengenakkan pada hari ini jangan membuat kita patah semangat dan pesimis. Hari esok menjanjikan hal yang lebih indah bagi kerana Tuhan mengasihi, benar, Dia sungguh mengasihi.
Menyambut malam ini lambungkanlah doa di bawah ini sebagai wujud syukur kepada Dia yang menata hidupmu.
Tuhan yang maha baik, curahan rahmat-Mu telah aku nikmati hari ini. Syukur kerana aku masih Kau beri kesempatan untuk menjalani hari ini. Banyak pengalaman indah telah berlalu. Ku ingat sejenak mereka yang aku jumpai. Terbayang wajah mereka yang begitu simpatik. Tidak kulupakan juga wajah-wajah akrab dari keluarga yang setia berbagi suka dan duka. Semua berpadu dalam melodi kehidupan yang indah. Semua bersimfoni nan syahdu mengalun. Semuanya itu tercipta kerana Engkau tetap hadir dalam diri kami masing-masing.
‘Ku tengadahkan wajahku memandang-Mu sambil tangan terkatup di dada. Ku arahkah hatiku ke hadirat-Mu. Di malam yang bening sunyi senyap ini, ku senandungkan doaku, doa malam penutup hariku. Kiranya kasih-Mu menyelimutiku, sahabat dan juga semua keluarga di mana pun mereka berada. Semoga aku beristirahat dengan lelap sehingga esok hari bangun dengan segar. Tuhan Engkau tetap hadir baik waktu siang mahupun di waktu malam. Engkau selalu berada di sisiku. Kerana itu aku berani mengatakan Engkaulah segalanya bagiku kini dan sepanjang masa...amen

No comments:

Post a Comment